Sunday, 2 November 2014

Kerancuan Bahasa Melayu



Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 3

Standard Kandungan
Standard Pembelajaran

1.7      Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.7.1   Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai secara bertatasusila.

MENJAGA KEINDAHAN ALAM SEKITAR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2


Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

Cerita Sang Kancil dengan Buaya

Tuesday, 14 October 2014

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

Cerita Helang dan Kura-Kura

Tuesday, 7 October 2014

Video Hikayat Sang Kancil dan Buaya

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 3

Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
1.7      Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
1.7.1   Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai secara bertatasusila.



Video Membajak Tanah


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 3

Standard Kandungan
Standard Pembelajaran

1.7      Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.7.1   Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai secara bertatasusila.



Thursday, 25 September 2014

Video Nasihat Yaya Kepada Kawan-Kawan


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 3

Standard Kandungan
Standard Pembelajaran

1.7      Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.7.1   Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai secara bertatasusila.


Saturday, 6 September 2014

Majlis Bicara Karya ~ Kuasa Kata: Dari Lisan Mengalir Ke Lautan Aksara

            Acara Pelancaran Majlis Bicara Karya: Kami mencipta kelainan dalam majlis bahasa-sastera ini. Kedua-dua tokoh menggunting riben yang mengikat gantungan. Kemudian Prof. Rahman Shaari memestamukan sajak beliau 'Sahabat' dan Prof. Dr. Teo Kok Seong menitipkan pesanan peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu yang tulen. 


Majlis Bicara Karya. Kiri sekali Prof. Rahman, "Langkahan Mahaya yang mengilhamkan" mengupas hal Mahaya sebagai pendidik dan penulis. Puan Nisah Haron, Pengerusi yang rancak dan cekap. Prof.Dr. Teo hal penglibatan Mahaya dalam Munsyi Dewan dan Sari Bahasa serta peranan setiap warga dalam mengangkasakan bahasa Melayu. Kanan, Puan Nor Azah Aziz, editor yang banyak pengalaman, berkongsi hal penerbitan yang patut diketahui oleh semua, terutama golongan penulis.




Prof. Rahman yang telah menghafaz lebih 400 buah puisi. Prof Teo yang menyerlah dalam bidang perjuangan bahasa Melayu. Mereka berdua sahabat dan guru saya sejak 1979. Panel seronok menjawab lebih 12 soalan daripada khalayak.


Khalayak yang bersemangat terdiri daripada tokoh penulis (Dr. Ibrahim Ghafar dan Tuan Ismas Saring dari Selangor), budayawan, golongan ilmuan, tokoh adat, wakil ketua jabatan, pendidik, rakan semaktab 43 tahun yang lalu, bekas pelatih, siwa/siswi UPSI, pelatih IPG Kampus Raja Melewar dan pelajar sekolah. Hadirin mencecah 530 orang!

Wednesday, 3 September 2014

BULAN Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan suatu program yang memfokuskan kempen mencintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). BBK merupakan program massa DBP untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Matlamat  penganjuran program ini adalah:
- Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
- Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
- Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
YAB Tuan Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis
Majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2013 telah diadakan di Dewan 2020, Kangar, Perlis pada 8 Oktober 2013. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa pendirian dan dasar kerajaan tentang bahasa kebangsaan jelas dan tegas kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara tidak boleh dipersoalkan lagi apatah lagi untuk diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
“Sepatutnya kini kita sudah jauh bergerak ke hadapan dan bukannya mengambil langkah mundur dengan mengorbankan segala usaha murni kita dalam memartabatkan bahasa kebangsaan,” tegasnya.
YBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan.
Katanya lagi, peratusan pengajaran dalam bahasa Melayu bagi kursus kritikal di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu dipertingkatkan untuk memastikan statusnya dapat dilonjakkan ke satu tahap lebih wajar.
Kata Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin, hal ini bukan bermaksud menidakkan penggunaan bahasa Inggeris kerana banyak kursus kritikal seperti kejuruteraan, undang-undang dan perubatan sudah pun menggunakan bahasa berkenaan.
Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah YAB Tuan Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis, Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan jemputan dari sekitar negeri Perlis.
Pada penghujung majlis, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin melawat gerai pameran Bulan Bahasa Kebangsaan dan seterusnya melepaskan peserta konvoi Kembara Bahasa 2013.
Sepanjang bulan berkenaan, pelbagai aktiviti berkaitan kebahasaan dan persuratan Melayu diadakan di seluruh negara yang melibatkan sektor seperti pendidikan, perundang-undangan, perniagaan, dan perbankan.
Pelancaran BBK 2013 oleh tetamu kehormat majlis.
Pihak kerajaan pula memberikan kepercayaan kepada enam sektor utama kementerian dan jabatan untuk melaksanakan pelbagai kegiataan kebahasaan dan persuratan di peringkat kementerian dan jabatan masing-masing. Kementerian dan jabatan tersebut ialah:
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Kementerian Komunikasi dan Multimedia
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
- Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
- Kementerian Kewangan.
- Jabatan Perkhidmatan Awam.
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin melepaskan konvoi Kembara Bahasa

Friday, 15 August 2014

Pantun

PANTUN PERIBAHASA

Kayu keras si kayu kampas
Alas tempat orang berjudi
Ada beras kerja pun deras
Ada padi kerja pun menjadi

Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang berkilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Pergi ke rumah Cik Mariam
Ramai orang tengah berjaga
Carik-carik si bulu ayam
Lama-lama bercantum juga

Kalau ada duit sekupang
Boleh beli cuka mentahun
Habis padi burung terbang
Bagai ulat tak kenangkan daun

Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Kehulu memotong pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Jangan jadi sesal kemudian

Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Barat lagi bahu memikul

Harapkan untung menggamit
Kain dibadan didedahkan
Harapkan guruh dilangit
Air tempayan dicurahkan

Pohon pepaya didalam semak
Pohon manggis sebasar lengan
Kawan tertawa memang banyak
Kawan menangis diharap jangan

Air pasang menanam bayam
Buyung diisi di dalam loyang
Jangan diambil resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung

Anak buaya pergi bertenung
Singgah ke lubuk memakan bangkai
Hendak hati memeluk gunung
Gunung dipeluk tangan tak sampai

Anak dara mengandam dahi
Rambut ditanam di tepi telaga
Anjing biasa makan tahi
Kalau tak makan cium juga

Anak haruan mudik berenam
Lumba-lumba menyusul tebing
Sama mencecah si hati kuman
Susah senang sama membimbing